Tuesday, 17 July 2012
Monday, 16 July 2012
TAKING CARE OF VAGINAL HEALTH
The vagina is an important part of a women's body - if we pay so much attention to our face, hands and feet, why shouldn't we do the same for the vagina?
As an obstetrician and gynaecologist, it saddens me that many Malaysian women take such little notice of their vaginal health.
In fact, very few women are familiar with the conditions of their vagina, or even feel comfortable talking about it. This could be largely due to our cultural taboos regarding sex and sexual health.
- Datuk Dr. Nor Asyikin Mokhtar, consultant obstetrician & gynaecologist (FRCOG, UK).
For further information, visit www.primanora.com.
Women should not let such outdated thinking hinder them from being aware of their vaginal health. The vagina is an important part of a women's body - if we pay so much attention to our face, hands and feet, why shouldn't we do the same for the vagina?
The first step towards good vaginal health is knowing what is normal for your vagina and what is not. In this article, you can learn about the sign and symptoms of common vaginal problems, as well as what you can do to keep it healthy.
Getting to know your vagina
Factors affecting vaginal health
V is for vagina: There are surprisingly a lot of factors that can affect the state of the vagina and increase the risk of problems.
Common vaginal problems
Care for your vagina
Don't be shy or embarrassed to talk to your doctor about your vaginal health - it is as much a part of you as any other or limb in your body.
THE GOOD DOCTOR
What makes a good doctor?
Rest a and assured, it's not just technical ability and knowledge.
Examining the core attributes of a good doctor
The practice of medicine is an art, not a business; a calling in which your heart will be exercised equally with your head.
- Sir William Olser
My grandchild, Siti Dellyscha Alamudi binti Datuk Kelana 2nd day after birth at Hospital PRK MUIP, Kuantan, Pahang.
Hers specialist doctor is Dr. Norhazinat. Thank you doctor. You are so professional.
KKDSTTM: ANAK SIAPA TU EH
Tok Juang Junior KKDSTTM.
'Cute' tak? Sangat letih dan mengantuk 'baby'
'Cute' tak? Sangat letih dan mengantuk 'baby'
Tengoklah tu..dalam perjalanan balik ke pulau, 'baby' dah cukup penat dan mengantuk. Teringat lagi macamama Tok Juang Junior ni bila dah masuk dalam air..tak takut dah..tepuk-tepuk air sampai kita pun tertelan air masin.
Ini VIP Ikin dari Selangor, tapi Pahang sudah menjadi rumah keduanya.
Waktu ini adalah kali terakhir kami dengan aktiviti 'snorkeling'. Biarpun sangat penat dan letih, tapi masing-masing seperti tak puas menikmati keindahan Pulau Redang.
PULAU REDANG, DESTINASI KE-7 KKDSTTM
Jom berenang dan menyelam..Puas masing-masing bermain dengan air dalam aktiviti 'snorkeling'. VIP Nisa sahaja yang kurang berkenan dengan benda yang kena letak dekat mata dan mulut tu. (alatan 'snorkeling'). Memang seram berada di tengah lautan tapi bila sama-sama melaluinya rasa seperti sungguh menakjubkan. Perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan. Terima kasih Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia. Saya percaya, kesemua kami yang seramai 122 orang kali ini rasa sungguh teruja dan betul-betul 'enjoy' jadi orang pulau.
Ini Opah kami di KKDSTTM. 'Cool' sungguh Opah. Sebelum ini kami juga bersama bercuti ke Pulau Besar, semasa 'jungle tracking' keliling pulau sehingga memanjat bukit tinggi di tepi laut, Opah pun 'cool' juga. Gagah perkasa betul. Oops...Opahkan seorang wanita, sudah tentu semangat Tun Teja ada padanya!.
Semasa dalam perjalanan balik 'trip' kali ke-3, ambil peluang jadi Kapten Kapal. Suspen juga dengan laut yang begitu bergelora, melebihi daripada 'trip' sebelum ini. Waktu ini, masing-masing terlalu 'exausted' tapi tidak mengapa, sebab benar-benar 'enjoy'!. Semua ahli-ahli Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja 'enjoy'. Boleh bagitahu saya, siapa yang tidak rasa gembira? Kalaulah ada, sungguh itu mempunyai masalah yang sangat besar.
Sebelum meninggalkan bot buat kali terakhir, VIP Nisa jadi orang terakhir meninggalkan bot. Kan Kapten... Nak buat aksi macam filem 'Titanic'. Nak rasa puas berada di tengah lautan. Memang tak puas... Tapi kena balik juga.Pujuk-pujuk hati, balik lagi seronok sebab dapat hidup seperti biasa..Tak adalah menggagau larut malam terpaksa merayau-rayau di merata tempat sebab nak cari air panas je.. Kelaparan. Ramai yang masih tidak boleh tidur berhimpun dengan Tuan Penaung dan Puan Yang Dipertua, minum kopi dan milo bancuh sendiri. Cawan-cawan pula terpaksa merompak di bilik makan. Ada 3 buku roti sahaja dengan beberapa jenis jam dan mentega yang dibeli dengan harga RM 60.00! Bayangkan! Kami pun makan berhati-hati tanpa membazirkan sedikit roti itu. Banyak lagi perkara yang berlaku, yang buat kami semua puas ketawa dan meragam macam-macam. Maklumlah, tiba-tiba jadi orang pulau.
Sunday, 15 July 2012
Gurindam Jiwa
Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.
Anak Cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga.
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.
Anak Cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga.
Burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan.
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan.
Kalau tuan pergi ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga.
Gurindam Melayu khazanah bangsa.
Saturday, 14 July 2012
TEJA (TUN TEJA RATNA BENGGALA @ MENGGALA)
Teja
Aku Teja
Ratna Benggala
tidak tega
mengucapkan selamat tinggal
kepada Inderapura
walau sukar bagiku
memilih di antara
Megat Panji Alam dan kekanda Laksamana
tetapi apakan daya
aku wanita
ditepuh dalam jampi serapah mantera
serta seribu tipu daya
Aku Teja
Ratna Benggala
tidak tega
mengucapkan selamat tinggal
kepada paduka ayahanda
tetapi apakan daya
aku wanita
tersandera menjadi anak derhaka
Tapi kini aku Teja
Ratna Benggala
rela berpisah
dari bumi Inderapura tercinta
apakan daya
aku wanita
kerna tidak rela melihat
paduka sultan tercerca
Aku Teja
Ratna Benggala
tidak tega
mengucapkan selamat tinggal
cintaku pada kekanda Laksamana
yang tidak terlarut
oleh sirih mantera
tapi apakan daya
aku wanita
kini hanya redha
menjadi suri istana Melaka
Aku ini kan Teja
Ratna Benggala
betapapun aku tidak tega
namun aku terpaksa
bersedia menyahut seruan
Yang Maha Esa
ketika robohnya Kota Melaka.
Usman Ibrahim,
Auditorium Arked Negara Malaysia Cawangan Pahang
19.5.2012
Dideklamasikan kembali oleh VIP Nisa di Hotel Nilai, Negeri Sembilan pada 20.5.2012 , .
Tiap wanita yang berhati waja adalah Teja
Sila layari Buletin dan Profail Puan Yang Dipertua Norhashima Darus di www.yds2u.com
AKADEMI PELANCONGAN MARI MELANCONG
Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia telah menganjurkan lawatan sambil menyingkap sejarah seperti pertama, lawatan ke Inderapura, Pahang, yang telah membuka mata setiap ahli yang mengikuti lawatan tersebut tentang kegemilangan zaman kepahlawanan Melayu dan sejarah Raja-raja.
Pada 27-30 Julai 2011, lawatan kedua, ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia yang telah menyelusuri sejarah Istana Bosa Minangkabau dan Pagar Ruyung.
Lawatan ke Mumbai pada bulan lalu yang disertai oleh 33 orang ahli kelab mempunyai visi dan misi untuk melunaskan mou dengan kerajaan India berkenaan makanan halal dalam projek YDS Emporium.
Terkini, lawatan ke Pulau Redang yang telah melibatkan seramai 122 orang ahli pada 5 Julai 2012 yang telah melakar sejarah paling indah bagi setiap ahli-ahli KKDSTTM terlibat.
Akan datang, dalam usaha menyingkap sejarah, Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia merangka lawatan ke Pulau Pangkor, diikuti pula ke Pulau Bintan, Indonesia seterusnya ke Perth, Australia. Lawatan ke Mumbai, India akan berlangsung sekali lagi pada bulan September 2012 bagi melengkapi projek YDS Emporium di sana.Selain daripada menyingkap sejarah Melayu selama 500 tahun, Pelancongan juga amat penting dalam sektor ekonomi KKDSTTM di samping dapat menjalinkan silaturrahim yang amat bermakna bagi setiap ahli. Momentumnya sangat hebat, ahli-ahli yang terlibat begitu memahami akan perjuangan KKDSTTM, dapat berkongsi pengalaman sesama ahli, pengorbanan masa dan usaha yang tidak sia-sia di samping berpeluang merebut aset tidak ternilai menerusi Projek Mega Fasa II 2020.
Sila layari www.yds2u.com dan ikuti perkembangan KKDSTTM dalam ruangan Buletin.
Thursday, 12 July 2012
AQUAILARIA SUB INTEGRA
'Aquailaria Sub Integra' dibotolkan dalam botol kristal dan telah dikeluarkan sejak Julai 2012.
Berkokok si Saka dinihari menjelang,
tidur nyenyak si burung balam,
pokoknya saka tinggi menjulang,
pulur berminyak sewangi alam.
tidur nyenyak si burung balam,
pokoknya saka tinggi menjulang,
pulur berminyak sewangi alam.
pulur berminyak sewangi alam.
'Aquailaria Sub Integra' merajai ruang,
melata di puncak semerbak temaram.
''Teras Gaharu Lebih Mahal Daripada Emas"
YDS Corporate Line Sdn. Bhd. menyediakan perniagaan bertaraf dunia, melibatkan 'kapital' atau modal yang begitu besar dalam pelbagai projek. Salah satu daripadanya adalah perjanjian perniagaan dengan 'Agarwood Farmer Group', Thailand yang bernilai RM2J, membeli benih beserta pokok gaharu untuk diusahakan menjadi minyak gaharu bagi ekspot ke luar negara terutamanya di UAE atau Emiriah Arab Bersatu.
Sila layari www.yds2u.com
AKADEMI PELANCONGAN MARI MELANCONG KE PULAU REDANG
Seramai 122 orang telah menyertai lawatan ke Pulau Redang dalam aktiviti Akademi Pelancongan Mari Melancong bagi pulau-pulau di Malaysia. Akan datang penyertaan akan lebih ramai lagi bagi lawatan ke 7 KKDSTTM, menyelusuri sejarah di Malaysia, Asia dan Asia. Maklumat lanjut sila layari sesawang www.yds2u.com. Anda tentu teruja untuk mengenali kelab kami yang begitu akrab dan meriah bagaikan sebuah keluarga yang besar.
KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA BERLABUH DI AUDITORIUM ARKED NEGARA CAWANGAN PAHANG
AKTIVITI KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA DI KUANTAN, PAHANG
Aksi spontan Tuan Penaung Baharuddin bin Hj. Mohd. Yusoff dan Puan Yang Dipertua Norhashima binti Darus selepas acara FINDING YOUR GREAT VALUE yang berlangsung pada 19 Mac 2012 di Auditorium Arked Negara Cawangan Pahang.
Puan Yang Dipertua Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dalam majlis ilmu yang penuh bermakna yang mencakupi bidang kewangan secara sukuk dan patuh syariah.
Pengenalan lanjut mengenai Yang Dipertua dan Penaung boleh dirujuk menerusi laman KKDSTTM di www.yds2u.com.
Di antara tetamu yang hadir dari Kuala Lumpur, Pulau Besar,Melaka, Kelantan, Terengganu dan Inderapura,Pahang sendiri. Hajat hati ahli-ahli Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia Pahang untuk membawa Permaisuri Tun Teja kembali ke Inderapura, atau setidak-tidaknya Tun Teja melawati kampung halaman yang telah ditinggalkan lebih 500 tahun yang lalu. Maka, semangat Tun Teja telah kembali ke sisi ahli-ahli KKDSTTM yang inginkan kehadirannya bagi mengangkat maruah orang Melayu yang semakin lupa kepada adat resam dan budaya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)