Saturday 18 January 2014

FATE ` ~ MAKE ALL THINGS POSSIBLE (TAKDIR ~ SETIAP PERKARA MENJADI)





Apa rasaku di ketika ini?

Suasana dingin dinihari mengejutkanku. Hilang lenyap lenaku. Seperti tiada hangatnya untuk terus mengundang nyaman buai mimpi.

Oh aku bermimpi bertemu kamu...
Bicara~bicara gurau manja indah sepanjang waktu petang bersambung~sambung sampai sesudah Isya mencipta mimpi bertemu jasad tubuhmu. Hanya sebentar cuma. Tidak sempat menikmati hangatnya tubuhmu untuk menghilangkan dingin~beku badan ini. Buat aku terbuka mata melihat nyata.

Indah paling terang. Kau sedarkan aku sepolosnya tentang perasaan kita yang sama~sama terbuai rindu yang semakin hari semakin hangat baranya membakar.

Kita sama~sama melihat dalam suram atau kelam, dalam pudar atau kelabu bahawa cinta kasih sayang kita bukannya dapat dibendung lagi walaupun kita tidak pernah ditemukan oleh Lautan Hindi. 






No comments:

Post a Comment