Tuesday 17 July 2012

PANTUN KKDSTTM

 

Emas putih tempa tempawan
dibuat orang jadi hiasan
KKDSTTM hati tertawan
PMF II 2020 jadi igauan.

 

Negeri Melaka hatiku libur
dari Inderapura hati memuja
warisan sejarah begitu masyhur
sungguh VIP rasa teruja.

 


Monday 16 July 2012

TAKING CARE OF VAGINAL HEALTH

The vagina is an important part of a women's body - if we pay so much attention to our face, hands and feet, why shouldn't we do the same for the vagina?

 

 As an obstetrician and gynaecologist, it saddens me that many Malaysian women take such little notice of their vaginal health.

In fact, very few women are familiar with the conditions of their vagina, or even feel comfortable talking about it. This could be largely due to our cultural taboos regarding sex and sexual health.

- Datuk Dr. Nor Asyikin Mokhtar, consultant obstetrician & gynaecologist (FRCOG, UK). 

For further information, visit www.primanora.com.

 

 Women should not let such outdated thinking hinder them from being aware of their vaginal health. The vagina is an important part of a women's body - if we pay so much attention to our face, hands and feet, why shouldn't we do the same for the vagina?

The first step towards good vaginal health is knowing  what is normal for your vagina and what is not. In this article, you can learn about the sign and symptoms of common vaginal problems, as well as what you can do to keep it healthy.

Getting to know your vagina

 Factors affecting vaginal health

V is for vagina: There are surprisingly a lot of factors that can affect the state of the vagina and increase the risk of problems.

Common vaginal problems

Care for your vagina

Don't be shy or embarrassed to talk to your doctor about your vaginal health - it is as much a part of you as any other or limb in your body.

 

THE GOOD DOCTOR

What makes a good doctor? 


Rest a and assured, it's not just technical ability and knowledge.

 

 

Examining the core attributes of a good doctor

 

 

The practice of medicine is an art, not a business; a calling in which your heart will be exercised equally with your head.
- Sir William Olser




My grandchild, Siti Dellyscha Alamudi binti Datuk Kelana 2nd day after birth at Hospital PRK MUIP, Kuantan, Pahang.

Hers specialist doctor is Dr. Norhazinat. Thank you doctor. You are so professional.

KKDSTTM: ANAK SIAPA TU EH

Tok Juang Junior KKDSTTM.
'Cute' tak? Sangat letih dan mengantuk 'baby'


Tengoklah tu..dalam perjalanan balik ke pulau, 'baby'  dah cukup penat dan mengantuk. Teringat lagi macamama Tok Juang Junior ni bila dah masuk dalam air..tak takut dah..tepuk-tepuk air sampai kita pun tertelan air masin.










Ini VIP Ikin dari Selangor, tapi Pahang sudah menjadi rumah keduanya.
Waktu ini adalah kali terakhir kami dengan aktiviti 'snorkeling'. Biarpun sangat penat dan letih, tapi masing-masing seperti tak puas menikmati keindahan Pulau Redang.

PULAU REDANG, DESTINASI KE-7 KKDSTTM

 Jom berenang dan menyelam..Puas masing-masing bermain dengan air dalam aktiviti 'snorkeling'. VIP Nisa sahaja yang kurang berkenan dengan benda yang kena letak dekat mata dan mulut tu. (alatan 'snorkeling'). Memang seram berada di tengah lautan tapi bila sama-sama melaluinya rasa seperti sungguh menakjubkan. Perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan. Terima kasih Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia. Saya percaya, kesemua kami yang seramai 122 orang kali ini rasa sungguh teruja dan betul-betul 'enjoy' jadi orang pulau.



 Ini Opah kami di KKDSTTM. 'Cool' sungguh Opah. Sebelum ini kami juga bersama bercuti ke Pulau Besar, semasa 'jungle tracking' keliling pulau sehingga memanjat bukit tinggi di tepi laut, Opah pun 'cool' juga. Gagah perkasa betul. Oops...Opahkan seorang wanita, sudah tentu semangat Tun Teja ada padanya!.





Semasa dalam perjalanan balik 'trip' kali ke-3, ambil peluang jadi Kapten Kapal. Suspen juga dengan laut yang begitu bergelora, melebihi daripada 'trip' sebelum ini. Waktu ini, masing-masing terlalu 'exausted' tapi tidak mengapa, sebab benar-benar 'enjoy'!. Semua ahli-ahli Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja 'enjoy'. Boleh bagitahu saya, siapa yang tidak rasa gembira? Kalaulah ada, sungguh  itu mempunyai masalah yang sangat  besar.










Sebelum meninggalkan bot buat kali terakhir, VIP Nisa jadi orang terakhir meninggalkan bot. Kan Kapten... Nak buat aksi macam filem 'Titanic'. Nak rasa puas berada di tengah lautan. Memang tak puas... Tapi kena balik juga.Pujuk-pujuk hati, balik lagi seronok sebab dapat hidup seperti  biasa..Tak adalah menggagau larut malam terpaksa merayau-rayau di merata tempat sebab nak cari air panas je.. Kelaparan. Ramai yang masih tidak boleh tidur berhimpun dengan Tuan Penaung dan Puan Yang Dipertua, minum kopi dan milo bancuh sendiri. Cawan-cawan pula terpaksa merompak di bilik makan. Ada 3 buku roti sahaja dengan beberapa jenis jam dan mentega yang dibeli dengan harga RM 60.00! Bayangkan! Kami pun makan berhati-hati tanpa membazirkan sedikit roti itu. Banyak lagi perkara yang berlaku, yang buat kami semua puas ketawa dan meragam macam-macam. Maklumlah, tiba-tiba jadi orang pulau.

Sunday 15 July 2012

Gurindam Jiwa


Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.


Anak Cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga.

Burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan.

Kalau tuan pergi ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga.

Gurindam Melayu khazanah bangsa. 
www.yds2u.com




VIP Nisa Salamun bersama Puan Yang Dipertua KKDSTTM Shima Darus di perkarangan Auditorium Arked Negara Malaysia Cawangan Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Saturday 14 July 2012

TEJA (TUN TEJA RATNA BENGGALA @ MENGGALA)

Teja


Aku Teja

Ratna Benggala

tidak tega

mengucapkan selamat tinggal

kepada Inderapura

walau sukar bagiku

memilih di antara

Megat Panji Alam dan kekanda Laksamana

tetapi apakan daya

aku wanita

ditepuh dalam jampi serapah mantera

serta seribu tipu daya


Aku Teja

Ratna Benggala

tidak tega

mengucapkan selamat tinggal

kepada paduka ayahanda

tetapi apakan daya

aku wanita

tersandera menjadi anak derhaka


Tapi kini aku Teja

Ratna Benggala

rela berpisah

dari bumi Inderapura tercinta

apakan daya

aku wanita

kerna tidak rela melihat

paduka sultan tercerca


Aku Teja

Ratna Benggala

tidak tega 

mengucapkan selamat tinggal

cintaku pada kekanda Laksamana

yang tidak terlarut

oleh sirih mantera

tapi apakan daya

aku wanita

kini hanya redha

menjadi suri istana Melaka


Aku ini kan Teja

Ratna Benggala

betapapun aku tidak tega

namun aku terpaksa

bersedia menyahut seruan

Yang Maha Esa

ketika robohnya Kota Melaka.

 

Usman Ibrahim,
Auditorium Arked Negara Malaysia Cawangan Pahang
19.5.2012

Dideklamasikan kembali oleh VIP Nisa di Hotel  Nilai, Negeri Sembilan pada 20.5.2012 , .


Tiap wanita yang berhati waja adalah Teja

Sila layari Buletin dan Profail Puan Yang Dipertua Norhashima Darus di www.yds2u.com

AKADEMI PELANCONGAN MARI MELANCONG


   
 Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia telah menganjurkan lawatan sambil menyingkap sejarah seperti pertama, lawatan ke Inderapura, Pahang, yang telah membuka mata setiap ahli yang mengikuti  lawatan tersebut tentang kegemilangan zaman kepahlawanan Melayu dan sejarah Raja-raja.

  Pada 27-30 Julai 2011, lawatan kedua, ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia yang telah menyelusuri sejarah Istana Bosa Minangkabau dan Pagar Ruyung.

   Seterusnya, dengan permintaan majoriti, VIP Kelab Kebajikan  Dan Sosial Tun Teja Malaysia telah melewati jejak sejarah selama empat hari dua malam ke Pulau Besar Mukim Pernu, Melaka Bandaraya Bersejarah, tiga bulan beturut-turut setakat ini pada bulan Januari, Febuari dan Mac 2012.

   Lawatan ke Mumbai pada bulan lalu yang disertai oleh 33 orang ahli  kelab mempunyai visi dan misi untuk melunaskan mou dengan kerajaan India berkenaan makanan halal dalam projek  YDS Emporium.

  Terkini, lawatan ke Pulau Redang yang telah melibatkan seramai 122 orang ahli pada 5 Julai 2012 yang telah melakar sejarah paling indah bagi setiap ahli-ahli KKDSTTM terlibat.
   Akan datang, dalam usaha menyingkap sejarah, Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia merangka lawatan ke Pulau Pangkor, diikuti pula ke Pulau Bintan, Indonesia seterusnya ke Perth, Australia. Lawatan ke Mumbai, India akan berlangsung sekali lagi pada bulan September 2012 bagi melengkapi  projek YDS Emporium di sana.

  Selain daripada menyingkap sejarah Melayu selama 500 tahun, Pelancongan juga amat penting dalam sektor ekonomi KKDSTTM di samping dapat menjalinkan silaturrahim  yang amat bermakna bagi setiap ahli. Momentumnya sangat hebat, ahli-ahli yang terlibat begitu memahami akan perjuangan KKDSTTM, dapat berkongsi pengalaman sesama ahli, pengorbanan masa dan usaha yang tidak sia-sia di samping berpeluang merebut aset tidak ternilai menerusi Projek Mega Fasa II 2020.

 
  Sila layari www.yds2u.com dan ikuti perkembangan KKDSTTM dalam ruangan Buletin.

Thursday 12 July 2012

AQUAILARIA SUB INTEGRA









'Aquailaria Sub Integra' dibotolkan dalam botol kristal dan telah dikeluarkan sejak Julai 2012.













Berkokok si Saka dinihari menjelang,
tidur nyenyak si burung balam,
pokoknya saka tinggi menjulang,
pulur berminyak sewangi alam.

Pokoknya saka tinggi menjulang,
pulur berminyak sewangi alam.
'Aquailaria Sub Integra' merajai ruang,
melata di puncak semerbak temaram.


                                            ''Teras Gaharu Lebih Mahal Daripada Emas"

   YDS Corporate Line Sdn. Bhd. menyediakan perniagaan bertaraf dunia, melibatkan 'kapital' atau modal yang begitu besar dalam pelbagai projek. Salah satu daripadanya adalah perjanjian perniagaan dengan 'Agarwood Farmer Group', Thailand yang bernilai RM2J, membeli benih beserta pokok gaharu untuk diusahakan menjadi minyak gaharu bagi ekspot ke luar negara terutamanya di UAE atau Emiriah Arab Bersatu.

  Jika sebelum ini projek penanaman gaharu berlaku di Mukim Siong, Baling, Kedah, dengan keluasan tanah 74 relung, yang menggegarkan semangat para VIP KKDSTTM dengan kuota 786 sahaja. Muncul slogan "Teras Gaharu Lebih Mahal Daripada Emas". Tema ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya hubungan perniagaan pasaran global seterusnya dengan penanaman gaharu seluas 123.94 ekar dengan nilai 5.7J di Lenggong, Perak.

   Sila layari www.yds2u.com

PROJEK MEGA FASA II 2020

















Adalah milik 786 insan yang sangat bertuah di muka bumi ini!

AKADEMI PELANCONGAN MARI MELANCONG KE PULAU REDANG

Seramai 122 orang telah menyertai lawatan ke Pulau Redang  dalam aktiviti Akademi Pelancongan Mari Melancong bagi pulau-pulau di Malaysia. Akan datang penyertaan akan lebih ramai lagi bagi lawatan ke 7 KKDSTTM, menyelusuri sejarah di Malaysia, Asia dan Asia. Maklumat lanjut sila layari sesawang www.yds2u.com. Anda tentu teruja untuk mengenali kelab kami yang begitu akrab dan meriah bagaikan sebuah keluarga yang besar.

KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA BERLABUH DI AUDITORIUM ARKED NEGARA CAWANGAN PAHANG



AKTIVITI KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA DI KUANTAN, PAHANG






Aksi spontan Tuan Penaung  Baharuddin bin Hj. Mohd. Yusoff dan Puan Yang Dipertua Norhashima binti Darus selepas acara FINDING YOUR GREAT VALUE yang berlangsung pada 19 Mac 2012 di Auditorium Arked Negara Cawangan Pahang.







 Puan Yang Dipertua Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dalam majlis ilmu yang penuh bermakna yang mencakupi bidang kewangan secara sukuk dan patuh syariah.
Pengenalan lanjut mengenai Yang Dipertua dan Penaung boleh dirujuk menerusi laman KKDSTTM di www.yds2u.com.



 Di antara tetamu yang hadir dari Kuala Lumpur, Pulau Besar,Melaka, Kelantan, Terengganu dan Inderapura,Pahang sendiri. Hajat hati ahli-ahli Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia Pahang untuk membawa Permaisuri Tun Teja kembali ke Inderapura, atau setidak-tidaknya Tun Teja melawati kampung halaman yang telah ditinggalkan lebih 500 tahun yang lalu. Maka, semangat Tun Teja telah kembali ke sisi ahli-ahli KKDSTTM yang inginkan kehadirannya bagi mengangkat maruah orang Melayu yang semakin lupa kepada adat resam dan budaya sendiri.

Friday 27 April 2012

FINDING YOUR GREAT VALUE

Bersama tokoh wanita korporat YDP Norashima Darus
pada 19 Mei 2012
bertempat di Auditorium Arked Kuantan Pahang
dirasmikan oleh YABhg Datin Seri Dato' Hjh. Junainah bt. Kassim.

Bercakap mengenai nilai wng anda pada masa kini dan masa depan, meneroka sejarah bersama Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia di samping kesedaran betapa pentingnya kita bermasyarakat melalui kelab.

Sila layari www.yds2u.com untuk berkongsi bagaimana kelab dapat meluaskan jajahan takluk menerusi YDS Corporate Line yang bertindak sebagai pemangkin setiap aktiviti kelab.

Sebagai orang Melayu walau di mana anda berada di seluruh dunia, anda dijemput menyertai kelab sebagai ahli kelab rasmi VIP yang dapat menjaga kebajikan anda sendiri dan orang lain.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.



Thursday 26 April 2012

KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA

 sila layari www.yds2u.com





Penganugerahan sebagai VIP Kelab Kebajikan Dan Sosial Malaysia




                                                                                                  
                                                                                                   Penaung





                                                           Yang Dipertua Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia

                                                 

Saturday 25 February 2012

Sayang how are you

im Wael im here in Kuantan miss you a lot - 22-Feb-2012
10:46:58 pm
Seorang kawan lama. Setelah dua tahun katanya. Akhirnya kami bertemu juga. Bagaikan mimpi. 

    Aku tak terfikir ada orang yang masih ingat dan sayang padaku, begitu banyak mengingati tentang aku. Selama ini kukira aku tidak mungkin berjumpa dengan seseorang yang memahamiku, sensitif dan masih ingat segala cerita lalu. Aku sengaja tidak mahu nampak orang memahami aku kerana aku seperti tidak percaya akan berjumpa insan sebegini dalam hidupku, yang ingat banyak tentang aku dan kami.

     Mula-mula dulu kami berjumpa dengan secara tidak sengaja sewaktu di tempat kerjaku, hotel Swiss Garden Resort And Spa, Kuantan, bila aku mahu cepat pulang dari kerja, aku bertawakkal untuk menumpang naik mana-mana teksi yang singgah dahulu di hotelku. Kebeetulan ada seorang tetamu hotel yang ingin menaiki teksi, aku mengambil peluang itu untuk berkongsi teksi dengannya. Alhamdulillah dia tidak kisah malahan mengalu-alukan aku naik bersama dengan kata-kata ramahnya:

"It's ok, we are muslim.." Begitulah mesranya dia yang kusangka lelaki Inggeris.

     Dalam teksi dia begitu berminat berbual denganku. Aku duduk di tempat duduk belakang manakala dia di bahagian hadapan. Dia sungguh seronok kelihatannya bercerita tentang pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke Malaysia. 

     Waktu itu aku langsung tidak menyangka kami berterusan akan menjadi sahabat yang serasi sehingga ke hari ini. Aku menyangka, seorang lelaki yang sudah berkeluarga dan begitu penyayang dengan anak perempuannya, tidak mungkin akan berkawan dengan aku. Aku mengabaikannya dengan cepat sebaik sahaja aku selamat tiba ke rumah.

     Kita tidak akan mengetahui akan sesuatu perkara atau mengenali seseorang jika tidak kerana masa. Masa mengajar kita satu persatu akan diri seseorang dan tentang persahabatan yang begitu serasi. Hari ini baru aku sedar, dia ada persamaan dengannku-sikap sensitif kepada keluarga dan orang lain.

Friday 17 February 2012

APAKAH RASANYA BAHAGIA 3

Add caption

Mencintai Allah dan mencintai Rasullullah akan membuat hati bahagia. Setiap insan pasti mempunyai rasa yang berbeza jika dapat menjejaki ke tanah suci.



Bila aku seakan tidak mengenal diri, aku akan menatap cermin dan cuba bertanya pada diri, mengapa aku tidak bahagia hari ini? Bagaimana aku merasa bahagia di masa lalu hinggakan aku mampu tersenyum dari hati.


Aku bertanya pada diri, apakah rasanya bahagia saat aku sengsara atau bersedih jiwa. Mengapa aku jadi begitu lara.Bila aku sedang ketawa, aku pun berkata pada hati, owh, aku sedang berbahagia,
alhamdulillah.





Ketika rezeki kegemaran dihadapi oleh seisi keluarga, bahagia sentiasa di ambang mata.


Tunggu apa lagi? dah baca doa? atau ada yang dah curi-curi makan sebelum cukup tiap seisi rumah menghadirkan diri duduk bersama?

APAKAH RASANYA BAHAGIA 2


     Bila aku merasa sengsaranya tiada ketenangan di dalam jiwa, aku pun mengenang kembali saat-saat aku terpaksa berkejar untuk ke pejabat atau pun bertemujanji dengan klien tanpa mengenepikan waktu makanku dan anak-anak. Aku perlu menikmati masa-masa bahagia sekarang kerana aku tidak perlu lagi berlari-lari dengan menepis pelbagai tekanan sepanjang hari bekerja, dari celik mata sehingga rebahnya tubuh di tempat tidur. 

     Waktu itu puteri bongsuku berusia enam bulan. Terlalu sibuk hingga aku hanya merasa sempat berfikir dan ada waktu senggang waktu dalam perjalanan ke tempat kerja, pergi dan balik. Tugasku penuh dengan tekana hingga tiada ruang untuk 'hang out' sedikit pun. Sebagai pasukan pemasaran sebuah hotel terbaik di pantai timur, kami sentiasa ingin mengekalkan posisi terbaik di Malaysia dalam jualan kad keahlian bagi pihak hotel kami. Di antara rakan-rakan sekerja pula, aku sebagai orang paling lama di Kuantan ketika itu tertekan juga setiap hari kerana tercabar dengan rakan-rakan kerja baru yang berpengalaman dan dengan pegurus baru bersilih ganti bertukar daerah ataupun berhenti kerana tidak tahan dengan tekanan kerja. Aku menghadapi semua itu sehingga aku tidak sedar bilakah aku merasa bahagia. Waktu menerima gajikah? atau semasa mempunyai klien-klien yang baik budi, yang tahu etika kerja itu lebih penting daripada keuntungan semata.

     Aku banyak terperangkap dengan situasi yang membuatku terpaksa memilih masa bersama anak-anakku dan kerja. Aku suka bekerja di hujung minggu, mencuri waktu klien-klien yang lebih berkesempatan untuk meluangkan masa keluar dari rumah. Aku sendiri terpaksa merangka cuti bersama keluarga ketika cuti sekolah,.iaitu selain daripada hujung minggu.

     Mujurlah sekarang aku telah pun memilih bidang kerja yang hanya memerlukanku duduk dalam masa yang aku suka, dengan pakaian yang aku selesa, situasi yang dapat kupilih bila, namun bahagialah hendaknya.

     Aku bahagia bila aku dapat bersama seluruh ahli keluargaku setiap masa, setiap ketika, hampir 24 jam sehari. Seterusnya mengapa aku tidak merasa bahagia? Kerana anak-anak yang semakin manja kerana aku berada di depan mata? atau kerenah mereka tidak terkawal kerana aku ada, aku tempat mengadu segala cerita?

     Mungkin kerana aku telah terbiasa dengan pendapatan yang masuk tepat masanya pada setiap bulan sedangkan dengan pekerjaan baru menuntut usaha yang lebih dan segalanya perlu dibuat sendiri. Lambat atau cepat hasilnya bergantung kepada klien yang diperolehi. Jika klien meragam, poketku juga akan meragam.

     Aku masih belum cukup belajar dalam selok-belok perniagaan secara berdikari. Mentor atau bos tidak mendesak apa-apa kerana mereka tidak membayar gaji, hanya pandai-pandailah melakukan tugasan dengan cepat dan lancar. Jika tiada klien, nampak sangat tak pandai buat kerja. Ada klien pun jika lambat hasilnya, juga dikatakan tak pandai buat kerja. Aku tidak didesak oleh orang atasan yang mahukan kerja siap tepat pada masanya tapi masing-masing terdesak dengan sikap para pelanggan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Mereka seperti raja, mereka tunjukkan sifat raja mereka yang banyak kerenah dan mahu dilayan setiap masa. Bagiku inin adalah sebahagian daripad cabaran. Semasa belajar dulu, tidak pernah diajar dengan sikap-sikap pelbagai raja-raja ini secara terperinci. Pengalaman yang mendedahkan segalanya.

     Bahagiakah aku? Bila aku dapat menangani situasi kerjaku dengan baik, ya! aku bahagia. Tapi bila aku gagal, aku amat sengsara! Aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik dan aku pun tidak suka yang biasa-biasa sahaja. Tidak hairanlah apa yang kuhadapi selalunya perkara-perkara luar biasa.

     Bayangkan anda melakukan kerja anda dengan masih berpakaian tidur, menjawab telefon dan menguruskan klien. Anda akan merasa seronok bersarapan pagi itu setelah bernyanyi-nyanyi mandi di bilik air. Pada hari yang lain pula klien yang sama ingin membatalkan permohonannya. Bahagiakah anda? Pada situasi yang lain, anda terlalu penat hari itu, tidak makan sehingga hampir petang, terlalu mengantuk dan cuba untuk lena sekejap, tiba-tiba telefon berbunyi walaupun tidak berdering nyaring tapi terasa langsing sebab anda baru terjaga dari tidur, sakitkah hati anda? Tapi sejuk perasaan itu sekiranya klien yang menelefon dan mengemukakan permohonan kepada apa yang anda tawarkan.

     Masa terlalu cepat menginjak pergi. Jika aku menangguhkan sebarang kerja maka rugilah aku kerana masa yang lepas aku bazirkan sedangkan masa sekarang sewajarnya aku melakukan tugas yang baru. 

     Bahagiakah aku jika aku mengabaikan kerja kerana sakit? Tiada siapa yang senang dengan keuzuran. Orang yang kaya sekalipun masih ingin merasa sihat untuk menikmati kekayaannya paling tidak pun, atau untuk bekerja dengan lebih keras lagi kerena 'besar periuk, besarlah keraknya'. Besar pendapatan, besar lagi kos-kos sekeliling yang perlu dibayar. Tak termasuk lagi kos nafsu yang menginginkan sesuatu yang lebih baik dan lebih gah.

     Apakah rasanya bahagia jika aku tahu menikmati apa yang Allah telah kurniakan kepadaku setakat ini. Aku perlu jangan alpa dengan melihat sekelilingku, atas dan bawah bila aku tidak merasa bahagia. Kenapa aku tidak bahagia? Kenapa orang lain yang mempunyai nasib yang lebih malang daripadaku berpeluang merasa bahagia malah lebih hebat bahagianya. Aku perlu renung-renungkan ini semua.





Aku suka menatap kemegahan kuda-kuda yang gagah perkasa dengan kepantasannya berlari, rentak kakinya bagaikan berirama sewaktu berjalan mahupun berlari kencang. Aku melarikan segala kepenatanku setiap kali melihat kuda berlari.

Wednesday 15 February 2012

APAKAH RASANYA BAHAGIA




    Pagi ini aku bangun awal dengan selesa. Mungkin rehat ku semalam sudah mencukupi dan buat tubuhku selesa. Jam 2.30pagi aku telah pun menyelesakan diri. Memanaskan akal menajamkan fikiran setelah puas aku merasa seperti tiada bahagia langsung beberapa hari ini. 

     Semalam, benar-benar aku lemah. Segalanya terasa seperti tiada berdaya sehingga aku terpaksa membaca yasin di malam Jumaat ini dalam keadaan berbaring dan dengan membuka rakaman bacaan yasin sambil aku mengikuti bacaan selagi terdaya. Terlalu terasa ingin tidur, tapi sayang untuk melepaskan fadhilat membaca yasin di malam penghulu segala hari ini. Solat Maghrib masih aku dapat melunaskan rukun tiga belas dengan baik, bermula dengan berdiri betul. 

     Aku gagal untuk merasa bahagia, walaupun aku berjuang untuk memperolehinya. Aku cuba pelbagai cara untuk merasakan bahagia dan merasa tenang pun aku akan bersyukur sangat. Apa yang tidak kena denganku?

Untuk tidak berasa bersalah kepada diri sendiri, aku terus-menerus menunaikan kewajipanku sebagai insan mukmin setiap waktu. Aku cuba kuatkan azam untuk bertahajjud dan qiamul-lail semampu mungkin. Bila aku berjaya melakukannya, setiap pagi aku akan rasakan begitu dirahmati.

     Pun begitu, hanya sekejap, aku kembali mencari-cari, apakah maknanya bahagia bila aku sering saja mudah marah dan tidak selesa dengan persekitaranku. Mungkin aku terlalu letih atau sakit? Atau paling tepat lagi kerana aku berjauhan darimu, tidak dapat mendengar suaramu, gagal menatap wajah manjamu, asing dari cintamu. Paling nyata kurasakan, nikmat bahagia seperti telah ditarik olehNya dari hati sanubariku kerana aku benar-benar tidak dapat menyelami maksud sebenar akan bahagia. 

     Aku pun cuba menghitung saat-saat yang kukira aku bahagia bila aku dapat tersenyum dan ketawa. Bila anak kecilku mengaksikan lentuk manjanya di bahuku, aku rasa senang. Waktu 'baby'ku menciumku empat belas kali pagi tadi, aku rasa amat seronok dan puas sekali. Aku menghitung satu persatu kucupannya. Ketika dia tiba-tiba terlena di ribaanku  tengahari tadi waktu aku sibuk di hadapan komputer riba, aku terlalu bebas dengan rasa bahagia dengan menatap wajah mulus dan polosnya.

     Hanya sedetik rasanya kualami, kemudian belum sempat panas di mana aku singgah, dia bangun semula tak semena-mena dikejutkan dengan kartun kegemarannya, tanpa sempat aku menutup rancangan itu. Puteriku berkejar mengadap kartun Boboiboy kegilaanya dengan menempek di atas pahaku.Aku senang dengan kemanjaannya tapi aku terlalu risau dengan tugasanku yang tertunda. Aku tidak pernah berpuas hati dengan hasil kerjaku. Aku sentiasa sedarr aku perlu banyak bersabar, tapi tiap kali juga aku cepat marah bila masaku bersendiri terlalu dicemburui oleh sang tanggungjawab.

     Bagaikan sedetik cuma, ketenangan kualami. Kemudian pula, anak-anakku pulang dari sekolah dan tidak akan ada lagi suasana yang lebih meriah lagi daripada suara-suara kecil yang sentiasa ada pelbagai cerita tak kira samada ingin bercakap-cakap denganku atau bercakap-cakap sesama mereka, bagai tiada ketika yang lain untuk ditunggu.

     Aku senang dengan anak-anakku, bersyukur mereka tidak senakal mana seperti selalu orang kata biarpun kanak-kanak sememangnya banyak kerenah dan ragam. Aku lenang dengan beberapa puteri dan putera yang setengah orang tidak memilikinya seramai aku atau ada yang tidak langsung ada. Tiada ruang sunyi dalam hidupku, tapi mengapa aku begitu cepat mengalami akan hilangnya bahagia dalam hidupku?





Betapa lenanya Tengku Nour setelah berpenat-lelah di hadapan lap top dengan cerita-cerita kegemarannya, biarpun berulang kali ditonton, ketawa terujanya tetap sama. Ha..sekarang rasakan bagaimana lelahnya....


     Aku pun menumpang bahagia bila melihatnya tidur. Merenung mata besarnya yang telah terpejam, bulu  mata panjang yang lentik, rambutnya yang bergulung ayu tiap helaian. Aku terleka sebentar dalam putaran rambutnya yang berwarna coklat keperangan, lebih perang di bahagian rambutnya yang halus di bahagian pelipis di tepi telinga. Aku jadi lupa dengan ragam kerenahnya yang sering buat aku jadi orang yang paling sibuk dan cepat marah. Detik ini aku bahagia.

Sunday 29 January 2012

MILLIONAIREINVESTOR.ASIA




     One of the best ways to get wealthy is to be able to allocate and manage your finances well. we'll talk about getting wealthy by being financially smart. If you think about it, wealth in any country is only focused on a small part of its populace.
     And by wealthy, I mean people who meet their financial needs while having more to save at hand. Sometimes, being rich is not about how much you earn, but how much you save. It's all about managing your personal finances. So how do  you do this?

1) Live below your financial capacity. Spending your all income this month just because you know you'll have income again the next is foolish.    Try to keep a standard of living well below what you can afford. That way, you'll always have extra cash around. Doing this will make you wealthier and smarter than those earning more than you earn.

2) Plan and strategizes.
    Plan and set targets to help manages your personal finances. Take a break everyday for five minutes and think of a new way to save money and then develop a budget that will help manage your expenses and stick to it religiously!
Next visualize a financially free lifestyle you can enjoy 5 to 10 years from now to motivate yourself and don't forget to reward yourself whenever you hit a financila milestone because goals are meant to be celebrated. **

                                                                        CASH FLOW
                        MAJOR PURCHASES                                          TAXES

                     ESTATE                  PERSONAL FINANCIAL PLANNING               INSURANCES
          
                                      EDUCATION                                            RETIREMENT

3) Broaden your horizons.
As you strategize, look at stocks you can invest your money in, real estafite or even to start your own business. They are not necessarily the same things but you can always try to mix them up and find out what suits you most. Find out what you have a strong interest in, because doing what you love will drive you to greater success.

4) Use less credit. Less credit more and more people are joining the credit card society, but don't get swept away with the apparently sweet deals. Think carefully whether you need a purchase or not, especially if it's extravagantly expensive. Bear in mind that giving discounts is a business strategy, and while they may seem like they're saving you money, they might actually be burning a hole in your pocket! Paying in cash is always your best bet. If you can't afford it, don't buy it. It's just as simple as that.

5) Stay liquid and promote cash flow. Stay liquid. The best part of being wealthy is being able to do what you choose of course you can only do this when you have enough money. So how do we define "enough"? We believe having these years worth of saving to pay for your current lifestyle is "enough". Save up to reach your target and always be cash ready.

6) Get your family involved. Get your family involved with personal finances. If you are family or plan on having one, always give them an idea of your current financila state. Get them involved in your saving schemes and business plans. Promoting cooperating and participation is better than doing it alone. Staying on top of your personal finances is the key to be wealthy. It's not about stingy or witholding luxuries to the poit of being miserable. It's about living within you means, and saving up for the future, while still being able to enjoy your life today.

Saturday 28 January 2012

AKU MENUNGGUMU 15


     "abang nak datang ni, ayang nak tunggu abang kat mana? Lepas maghrib ni abang gerak''. 7:21:34pm. Dua-dua nombor telefonku menerima teks yang sama. Aku sedang sibuk berbuka, puasa enam, hari raya ke 3.

     "abang tak tahu rumah sayang, abang tak tahu alamat penuh rumah sayang" 7:24:34pm.


     "Tunas Manja ...." jawabku segera.

     "Tunas Manja..pun abang tak tau, actually B.. pun abang tak tau, apa alamat penuh rumah sayang ni?" 7:28:15pm.

     "C...abang tahu? sebelum c la abang" 7:34;14pm

     "tak tahu. Senang cite ayang tunggu abang kat bandar ok, kalau tak, abang takkan jumpa ayang" 7:35:16pm.

     "merajuk..ok la" 7:39:15pm.

     "sayang tunggu abang kat bandar ya? Esok abang nak balik KL. Dah Isnin dah kerja" 7:49:42pm. Aku tahu. Ini adalah satu pujukan dan umpan, agar aku 'tersihir' dengan kemahuan kau.

     "dah gerak?" 7:51:39pm. Aku pun ingin menunjukkan bahawa aku tahu menghargai kau.

     "belum, pasal ayang tak nak tunggu abang kat bandar" 7:57:08pm. Ada nada-nada merajuk. Aku kenal sangat. Dah lali. Kenal sangat.

     "ayang macam tak nak je abang datang?" 8:26:55pm.

     Waktu ini aku sedang bergelut dengan masa. Menunaikan solat Maghrib, memberi tugas kepada anak-anak agar berkemas selepas makan malam, bersedia tempat tidur dan berkelakuan baik bila kau berkunjung. Aku memberitahu kau kredit telefon peribadiku sudah habis. Telefon yang satu lagi menjadi mangsa. Mana tak kelam-kabut, nak bersiap, memilih baju apa yang sesuai, berdandan, sambil mengawal perasaanku yang gementar. Sebenarnya aku sakit hati sebab kau tak mahu berusaha pun mencari rumahku.

     "ayang tunggu dengan siapa?' 8:34:15pm.

     Jawabku, aku tunggu seorang. Malam-malam begitu, lebih mudah untuk aku keluar seorang. Tak mahu merisikokan sesiapa sekiranya aku terpaksa menunggu lama seperti selalu. Dah terlalu banyak kali kau buat aku menunggu lama. Tak mungkin aku lupa, sebab masa-masa berhargaku terbuang begitu sahaja. Aku pula terpaksa bersendirian dan terus berharap kau akan memandang kepada pengorbananku.

     "hati-hati tau. Pukul 10pm honey sampai. Baru masuk highway ni" 8:37:03pm.

     Pesanku, agar kau berhati-hati ketika memandu. Aku tak akan sanggup jika aku terpaksa melalui peristiwa yang tidak akan tahan untuk aku tempuhi. Musim-musim perayaan begini, bila-bila pun, jika nak berlaku, malang tidak berbau. Wa Nau'zubillah.  

     "baiklah sayang" 8:38:54pm

    "diam je sayang ni" 8:43;01pm. Sekejap sahaja aku berdiam diri, kau seperti tak berpuas hati. Aku sedang membeli sepasang bantal besar untuk keselesaan kau di rumahku.

     "jalan sesak tak?"

      Di Kuantan begitu sesak sekali. Bimbang aku. Orang ramai berpusu-pusu di mana-mana sahaja. Di saat ini, aku paling tidak suka membeli-belah barang yang tidak aku perlukan. Aku suka keadaan yang tenang dan selesa. Biarlah jika ada jualan sehebat manapun, aku takkan mudah tegoda.

     "tak sayang" 8:43:46pm.

     "dah 'dinner'?'' 8:45:09pm.

     Aku tahu, jika dalam perjalanan jauh, sudah tentu kau lapar. Aku merancang sebarang kemungkinan, mungkin akan makan di rumahku atau menemani kau makan di mana-mana tempat yang selesa.

     "belum lagi. Sayang?" 8:46:54pm.

     "sayang berbuka tadi, dah makan la, kelam kabut mengemas abang nak datang" 8:47:54pm.

     "sayang kat mana tu? abang dah sampai batu 10" 9:32:05pm.

     "yang dalam KP abang" 9:32:38pm.

     "KP tu apa?'' 9:33:41pm.

      Baru tinggalkan bandar ini beberapa tahun saja, sudah tidak tahu apa itu KP. Sudah lupa barangkali. Bagiku, di sini paling senang untuk aku menunggu dengan selesa, 'tempat parking' di hadapan, mungkin kadar kesesakan tidak melampau.

     ''Kuantan Parade abang. Yang tunggu kat pintu depan ya" 9:34:56pm.

     "abang dah sampai depan KP" 9:58:24pm.

     "mana?'' 9:58:50pm.

     "depan KP seberang jalan ni" 9:59:36pm.

     Inilah kali pertama kau tiba benar-benar tepat pada masanya. Cepat kurang beberapa saat sahaja. Bolehlah dibanggakan. Setidak-tidaknya kau ada memegang rekod menepati masa. Aku berpuas hati dengan yang ini. Aku perlu menghargainya dengan mengenang pertemuan itu seumur hidupku.

AKU MENUNGGUMU 14



     "yang mahu mentaati abang. Yang mahu abang sentiasa percaya pada yang" 03:33:03am pada 13 Oktober dua tahun lalu.

      Kata-kata ini sering aku ingat dan kuulang 'text' kepada kau setiap 3:33pagi, dengan bantuan penggera telefonku. Aku akan bangun sebelum bertahajjud, menghilangkan ngantuk dan mengirim 'text' itu dengan ucapan- ucapan baru.Selama dua tahun itu tentu ada rasa malas dan putus asa, tapi sering juga aku dapat mengatasi perasaan patah hati lalu tidak mahu berhenti. Pernah juga aku tertidur sewaktu sedang merangka draf kiriman, pernah banyak kali tak sempat aku menekan punat 'send' kerana mata sudah terpejam kembali. Aku hanya akan mengirimkan teks itu hanya pada jam 3:33pagi sahaja.
     Kau sahaja seorang lelaki yang mencatat rekod kesetiaanku paling hebat dalam sejarah hidupku. Sepanjang hidupku ini, kau sebagai orang kedua yang menerjah masuk dalam hidupku dan putera-puteriku.  Kau memikat hati putera-puteriku dengan caramu yang tersendiri.

     "tahniah umi." Putera ketigaku menghulurkan salam dengan girang sekali. Kemas tanganku digenggamnya.

     "kenapalah umi tak jumpa ayah dari dulu?' tanya anakku lagi bila kau sudah kembali ke tempat kerja.

     "dah takdir, sayang. Kalau umi jumpa ayah dari dulu, tak adalah anak-anak umi ni" Aku memberikan alasan yang relevan, yang kufikir menyenangkan hati setiap pihak sekaligus anak-anak tetap teristimewa bagiku.

     "bila ayah nak balik lagi umi?" pertanyaan puteriku.

     "nanti ayah cuti, ayah balikla" 

     Semua anak-anakku menyenangi kau. Aku pun senang. Aku cuma payah untuk menjawab setiap pertanyaan dari mereka selalu. Kalau anak-anak rindu, apatah lagi aku.
     Aku menunggumu sebagai pencinta yang setia. Aku mahu menyimpan cerita-cerita setiaku untukku wariskan kepada anak-anakku, dan kuajarkan betapa mudahnya menjadi setia di zaman ini. Ada segala kemudahan  teknologi yang dapat kita manfaatkan untuk memeteri setia kepada orang yang kita sayang. Tak perlu menunggu bertahun lama, duduk di muka pintu menanti kekasih hati pulang ke pangkuan. Tak payah menanti di tebing tinggi jika ada kapal berlabuh membawa pulang ayah yang lama menghilang. Tak lagi membatu di atas pangkin, di tepi tebing bukit melihat pemandangan jauh, kalau-kalau nanti akan nampak juga sukma jiwa yang menyusul balik keharibaan. 
     Aku hanya perlu patuh pada kata hatiku. Akur pada keinginanku. Hidup seperti apa yang aku mahukan.

     "merajukla, sayang suka memujuk'' 03:36:36am, 5 Januari. Adakalanya terasa macam cerita cinta P. Ramlee dalam 'Madu 3'. Sebabnya, ada lagu 'Pukul Tiga Pagi'. Sang suami yang baru beristeri kali ketiga, menguliti madu hatinya dengan lagu yang begitu menjadikan wanitanya terasa begitu teruja dan terpana. Seorang lelaki yang bijak menyihir hati wanitanya.
     Tersihirkah aku dengan cintamu? Ya, benar. Aku gagal untuk membenci kau walau sedikitpun. Memang aku marah bila kau berbuat salah, dengan kata-kata yang selalu terbit dari lidah kau yang tak berpaksikan akal yang wajar. Kau tak tahu berbahasa rendah diri. Kau tak reti-reti untuk memahami hati perempuanku. Namun marah bagaimanapun aku, seakan aku faham pula, itu adalah kelemahan kau yang perlu aku terima. Itu tugasku untuk memperbetulkan apa yang kurang. Cabaranku menegur dan mencantikkan cara percakapan kau. Tak terkecuali, cara aku sendiri.
     Mungkin ada sikapku yang serupa dengan kau. Mungkin aku juga bercakap sombong atau sedikit meninggi diri tanpa aku sedari. Aku berfikir begitu kerana Allah kata, Allah akan temukan kita dengan orang yang hampir sama tingkah-lakunya dengan kita. Mungkin juga kau adalah cermin bagi diriku. Tapi, aku ini munafikkah?
     Baiklah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Fikir positif. Eh, ini nasihat kau kepadaku di awal hubungan kita dulu.

     "jangan fikir yang bukan-bukan. Fikir positif. Nanti tunggu b..." Itu semasa kau berada jauh denganku dan aku menerima perkhabaran yang bukan-bukan rasanya dari seorang perempuan yang panas jiwanya.
     Di awal perhubungan, kau begitu takut sekali aku tinggalkan kau. Kau seperti perlukan aku. Kau cemburu dengan pergaulanku bersama klien-klien lelakiku.

     "ayang kalau jumpa lelaki lain, kita putus." Seperti kebudak-budakan. Waktu itu aku belum faham lagi dengan kerenahmu yang seperti tidak matang. Namanya saja seperti mengugut, tapi sebenarnya penakut jika ditinggalkan.

     Semakin lama semakin kau terperangkap dengan sikapmu sendiri. Aku tak dapat mengelak dengan urusan kerjaku yang sememangnya perlu berhadapan dengan lelaki. Bosku lelaki, staf yang ada, lelaki. Klien-klien yang ada pun lelaki sebab belum ada lagi klien yang menguruskan sektor pembalakan itu seorang perempuan atan wanita.
     Lama-lama kau pun faham. Kau tak pernah mengungkit pun dengan siapa aku berjumpa atas urusan kerja. Sebagai menyenangkan hatiku sendiri, aku pun melaporkan setiap pergerakanku, di mana dan ke mana, tanpa merasa susah atau terhalang. Aku tidak merasa terbeban dengan sentiasa berterus-terang kepada kau.  Ke mana pun aku pergi, akan aku maklumkan kerana itu akan melapangkan hatiku. Pernah aku semasa bermesyuarat, aku memanfaatkan komputer riba seorang klien di depanku, mengutus berita kepada kau.

AKU MENUNGGUMU 13

     "KeepYourMouthShut with rumors. Rumors are created by haters, spread by fools, and accepted by idiots. They hurt the innocent." - RealAngieJolie/Angelina Jolie.

     Siapa pun dia, kata-katanya amat baik untuk diambil perhatian dan pelajaran. Bila dipandang kepada statusnya sebagai orang yang terhebat, tak hairanlah dia seorang yang hebat kerana pandai mengenepikan setiap cerita-cerita rekaan yang ke udara-khabar angin.
     Khabar angin selalunya mengusik perasaan. Khabar yang dibawa oleh angin akan membawa fikiran turut melayang dan berkesudahan  dengan sakit hati dan benci. Aku tak suka perasaan yang sementara itu mengganggu fikiranku lama-lama. Aku akan memikirkan perkara-perkara positif yang berkaitan agar aku akan rasa betapa faedahnya, hikmahnya khabar-khabar angin tersebut. Banyak khabar-khabar angin yang kuterima di awal perhubungan kita dulu. Hm, kau bukannya Brat Pit dan akupun bukannya Angelina Jolie. Apalah sangat jika puas aku menangis kerana jiwa lara bila ramai yang mengakui pernah menjadi milikmu.
     Aku kena ingat baik-baik beberapa pujian yang aku dapat:

     "Tahniahlah awak dengan dia. Semoga berbahagia." ucapan dari seorang perempuan Kuala Lumpur. 

     "Untunglah sebab awak dapat menundukkan dia.  Maaflah saya tak tahupun dia awak yang punya" kata-kata dari seorang wanita yang  berpekerti baik dari Perak. Wanita ini berani. Dia bercakap lama denganku dan tidak sedikit pun menyakitkan hatiku. Malahan ingin menyambung terus ukhuwah denganku. Baginya, aku seorang wanita yang hebat, dari segi menjaga hati dan menjaga diri.

     Bagiku, selagi sesuatu itu belum jelas di mata, tidak jelas oleh lidah kau sendiri, akan kuanggap sebagai 'rumors' atau sekadar khabar-khabar angin yang merosakkan hatiku.
    
     "fitnah!'' Itu kenyataanmu pada pertama kali aku mendengar suatu kisah yang agak berat untukku terima.

    "abang ada i depan ayang ni. Kalau abang suami orang, abang takkan ada di sini."

     Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri bila satu-satu kenyataan yang agak berat menerjah telingaku. Bagiku, masa yang terluang untukku bersama kau adalah masa-masa emas yang tidak akan kurosakkan situasinya.
     Aku mudah memaafkan tapi parut luka sampai bila-bila pun akan kelihatan. Itu adalah milik peribadi. Itu urusanku dengan diriku sendiri, kerana aku yang menanggung rasanya, tidak pernah dapat berkongsi dengan sesiapa pun. Siapa yang boleh rasa apa yang kita rasa?
     Sudahnya bila aku merasa sangsi, akan ku bersujud kepadaNya, berhajat kepada suatu kekuatan. Aku beristikharah, berharap kepada satu ketetapan. Aku bermuhasabah, berharap kepada luhurnya keikhlasan diri menyintaimu. Aku bersujud taubat, kerana pasti banyak dosa-dosaku yang aku sengajakan atau tidak aku ketahui. Aku beristighfar untukku rasa puas memohon keampunanMu. Aku bermunajat agar aku dapat menyelami diri kau dan memahami diriku sendiri. Aku berinsyirah agar aku dapat berlapang dada. Aku beran-nas, agar syaitan yang membisik, tidak dapat menundukkanku oleh bisikan yang merosakkan hubunganku dengan kau. Aku berpaut dengan taliNya agar aku dapat berjalan di atas muka bumi ini menerusi lorong-lorong yang terang dan sempurna.

AKU MENUNGGUMU 12



      "Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya" - dipetik dari al-Quranul Karim, surah al Baqarah, ayat 286

      Janganlah aku lupa, wahai hati sanubari. Sematkanlah dengan teliti dan pasti. Ini janji Allah. Bila musibah melanda, pasti didatangkan kekuatan untuk menghadapi musibah itu. Kita sahaja yang kurang berfikir kerana tidak tahan diuji.
     Demikian juga bila aku diuji dengan kesetiaan kepada dirimu. Aku terlalu setia jadi hatiku terlalu sakit bila dikhianati. Bila sudah terlalu lama kau mengenali aku, kau seperti mahu aku terus memahami tabiat burukmu seperti tiada apa-apa memberi kesan kepadaku. Seperti hatiku tidak mempunyai rasa. Seperti aku tidak akan binasa sedikit pun oleh caramu.
     Kau terlalu membiarkan tindakan bawah sedarmu menguasai diri. Kau menjalinkan lagi hubungan dengan perempuan lain satu persatu tapi aku terhidu tanpa payah sesiapa yang memberitahuku. Bila tiada pengesahan sesiapa tentang kenyataan itu, aku pun lupakan saja dengan harapan kau tidak akan mengulangi lagi sikapmu yang langsung tak cantik itu.
     Aku pula yang harus mengimbangi emosi agar tidak terjerumus di bawah perlakuan akal yang singkat. Sungguh lelaki mempunyai kekuatan akal melebihi nafsu, tapi jangan lupa, wanita yang mempunyai 9 nafsu dapat mengalahkan nafsumu yang satu itu. Aku akan terus bermain dengan alammu yang selalu menewaskanmu. Kau takkan sedar bila keadaan itu berlaku, seperti selalu.
     Waktu aku ingin mengangkat takdir menunaikan solat asar tadi, tiba-tiba aku terdengar bisikan, tentang kata-kata kau yang mengeji diriku secara halus. Aku lupakan sehingga aku selesai solat. Aku hanya mahu ingat setiap patah-patah bicara dari minda dan jiwa sebagai yang berhikmah. Bukan dari sudut hati yang terluka. Luka di hati akan sembuh, tapi jika luka iman, hati akan rapuh.
     Secara logiknya atau secara lumrahnya, jika seseorang bersifat munafik, kita perlu tinggalkan sahaja. Tapi akal budiku tetap berkata, jika kita tinggalkan seseorang kerana sifat munafiknya, siapa pula yang akan menegur kesilapannya? Cuma aku perlu berhati-hati dan menjadi hampir sempurna.  Aku perlu sentiasa memasang 'alarm' agar aku ingat aku tidak akan patuh kepada kemunafikannya.
     Aku perlu mengajar diriku agar tidak menyayangi kau kerana nafsu walau aku dan kau begitu bernafsu melayari cinta. Aku merubah nafsu itu kepada kehendak iman. Iman yang menyuruhku melakukan kebaikan dan meninggalkan kesesatan, dosa dan simpang- siurnya cinta yang tak berkesudahan. Kau dan aku perlu saling mengingat, usia ada penamatnya.

     "Jom nikah" 1:24am. Waktu itu kau benar-benar sedar tentang kesetiaanku. Itulah pengakhirannya. Itulah penamatnya. Tapi sebenarnya adalah permulaan bagi gerbang kehidupan fasa kedua kita.

     "Bila abang?"


     "Lepas raya" 1:25am. Muktamat bunyinya. Aku senang sekali. Seperti merasai dinginnya syurga.