Saturday 28 January 2012

AKU MENUNGGUMU 15


     "abang nak datang ni, ayang nak tunggu abang kat mana? Lepas maghrib ni abang gerak''. 7:21:34pm. Dua-dua nombor telefonku menerima teks yang sama. Aku sedang sibuk berbuka, puasa enam, hari raya ke 3.

     "abang tak tahu rumah sayang, abang tak tahu alamat penuh rumah sayang" 7:24:34pm.


     "Tunas Manja ...." jawabku segera.

     "Tunas Manja..pun abang tak tau, actually B.. pun abang tak tau, apa alamat penuh rumah sayang ni?" 7:28:15pm.

     "C...abang tahu? sebelum c la abang" 7:34;14pm

     "tak tahu. Senang cite ayang tunggu abang kat bandar ok, kalau tak, abang takkan jumpa ayang" 7:35:16pm.

     "merajuk..ok la" 7:39:15pm.

     "sayang tunggu abang kat bandar ya? Esok abang nak balik KL. Dah Isnin dah kerja" 7:49:42pm. Aku tahu. Ini adalah satu pujukan dan umpan, agar aku 'tersihir' dengan kemahuan kau.

     "dah gerak?" 7:51:39pm. Aku pun ingin menunjukkan bahawa aku tahu menghargai kau.

     "belum, pasal ayang tak nak tunggu abang kat bandar" 7:57:08pm. Ada nada-nada merajuk. Aku kenal sangat. Dah lali. Kenal sangat.

     "ayang macam tak nak je abang datang?" 8:26:55pm.

     Waktu ini aku sedang bergelut dengan masa. Menunaikan solat Maghrib, memberi tugas kepada anak-anak agar berkemas selepas makan malam, bersedia tempat tidur dan berkelakuan baik bila kau berkunjung. Aku memberitahu kau kredit telefon peribadiku sudah habis. Telefon yang satu lagi menjadi mangsa. Mana tak kelam-kabut, nak bersiap, memilih baju apa yang sesuai, berdandan, sambil mengawal perasaanku yang gementar. Sebenarnya aku sakit hati sebab kau tak mahu berusaha pun mencari rumahku.

     "ayang tunggu dengan siapa?' 8:34:15pm.

     Jawabku, aku tunggu seorang. Malam-malam begitu, lebih mudah untuk aku keluar seorang. Tak mahu merisikokan sesiapa sekiranya aku terpaksa menunggu lama seperti selalu. Dah terlalu banyak kali kau buat aku menunggu lama. Tak mungkin aku lupa, sebab masa-masa berhargaku terbuang begitu sahaja. Aku pula terpaksa bersendirian dan terus berharap kau akan memandang kepada pengorbananku.

     "hati-hati tau. Pukul 10pm honey sampai. Baru masuk highway ni" 8:37:03pm.

     Pesanku, agar kau berhati-hati ketika memandu. Aku tak akan sanggup jika aku terpaksa melalui peristiwa yang tidak akan tahan untuk aku tempuhi. Musim-musim perayaan begini, bila-bila pun, jika nak berlaku, malang tidak berbau. Wa Nau'zubillah.  

     "baiklah sayang" 8:38:54pm

    "diam je sayang ni" 8:43;01pm. Sekejap sahaja aku berdiam diri, kau seperti tak berpuas hati. Aku sedang membeli sepasang bantal besar untuk keselesaan kau di rumahku.

     "jalan sesak tak?"

      Di Kuantan begitu sesak sekali. Bimbang aku. Orang ramai berpusu-pusu di mana-mana sahaja. Di saat ini, aku paling tidak suka membeli-belah barang yang tidak aku perlukan. Aku suka keadaan yang tenang dan selesa. Biarlah jika ada jualan sehebat manapun, aku takkan mudah tegoda.

     "tak sayang" 8:43:46pm.

     "dah 'dinner'?'' 8:45:09pm.

     Aku tahu, jika dalam perjalanan jauh, sudah tentu kau lapar. Aku merancang sebarang kemungkinan, mungkin akan makan di rumahku atau menemani kau makan di mana-mana tempat yang selesa.

     "belum lagi. Sayang?" 8:46:54pm.

     "sayang berbuka tadi, dah makan la, kelam kabut mengemas abang nak datang" 8:47:54pm.

     "sayang kat mana tu? abang dah sampai batu 10" 9:32:05pm.

     "yang dalam KP abang" 9:32:38pm.

     "KP tu apa?'' 9:33:41pm.

      Baru tinggalkan bandar ini beberapa tahun saja, sudah tidak tahu apa itu KP. Sudah lupa barangkali. Bagiku, di sini paling senang untuk aku menunggu dengan selesa, 'tempat parking' di hadapan, mungkin kadar kesesakan tidak melampau.

     ''Kuantan Parade abang. Yang tunggu kat pintu depan ya" 9:34:56pm.

     "abang dah sampai depan KP" 9:58:24pm.

     "mana?'' 9:58:50pm.

     "depan KP seberang jalan ni" 9:59:36pm.

     Inilah kali pertama kau tiba benar-benar tepat pada masanya. Cepat kurang beberapa saat sahaja. Bolehlah dibanggakan. Setidak-tidaknya kau ada memegang rekod menepati masa. Aku berpuas hati dengan yang ini. Aku perlu menghargainya dengan mengenang pertemuan itu seumur hidupku.

No comments:

Post a Comment