Tuesday 24 January 2012

AKU MENUNGGUMU

   
       Dari perut ibu kiranya ditakdirkan ajal maut, jodoh mahupun pertemuan. Kiranya istikharah memberikan jawapan bahawa kau adalah milikku. Pertemuan tanpaku rancang, cinta dan sayang tanpa kuminta. Aku hanya menurut naluri tanpaku tahu apa yang bakal terjadi. Aku cuma senang dengan kamu. Aku senang dengan kamu. Memandangmu pun aku sudah merasa tidak mahu apa-apa lagi. Sehinggalah aku teruji dengan sikapmu yang paling keji..

     Sekiranya aku diberi pilihan untuk memilih takdirku, pasti aku memilih yang menjadi idaman hatiku: seorang lelaki yang dapat menerimaku seadanya namun berusaha memperbaiki diri dan sama-sama menjadi pembimbing ke jalanNya, kerana itulah destinasi abadi.

     Bila bercakap tentang hidup abadi dan kekal, waktu itu Allah tidak memandang kepada siapa diriku mahupun dirimu, lalu siapakah aku untuk menghakimimu? Akhirnya bila aku gagal melupakanmu atau meninggalkanmuj dengan pelbagai cubaan, aku putuskan untuk tidak menoleh lagi ke belakang, kerana usiaku bukan semakin panjang malah sedetik demi sedetik semakin berkurang. Memikirkan ini lagi buat aku redha dan menerima sebaiknya hitam putih warna hubungan kita.


     Aku bukanlah kejam untuk meletakkan kau sebagai pengkhianat kepada hubungan kita. Jika kau benar-benar ingin mengkhianatiku, pasti akhirnya kau akan jemu dengan perbuatanmu yang hanya menyakiti hatimu sendiri, sebab kau tentu tak suka melakukan perkara yang langsung tiada faedahnya pada dirimu hingga bertahun-tahun lamanya. Ya, hubungan kita telah berlanjutan bertahun-tahun. Asam garamnya telah banyak kurasa. Berbeza dengan dirimu yang bukan diriku. Kau seorang lelaki yang benar-benar kuat untuk tidak berpegang kepada satu matlamat, kerana itulah kau masih menjadi milikku. Jika sebaliknya, tentu kau tidak bertemu dengan aku ataupun lebih tepat lagi, tentu kau telah menjadi milik entah siapa-siapa dan tidak mungkin menjumpai aku.


     "abang pilih ayang sebab ayang berpengalaman"


Aku hanya mendengar sahaja ungkapan itu bila aku bertanya kenapa kau tidak bertemu jodoh dengan sesiapa sebelumku. Tiap kali juga aku tidak dapat mengulas apa-apa tentang satu-satu kenyataan yang kau keluarkan. Aku tak dapat menjangkau dengan cepat atau menelah dengan pantas setiap  kenyataanmu. Mungkin kerana kau terlalu berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah kujumpa.


     "banyak mana abang sayang yang?" di suatu ketika kita bersama dalam perjalanan jauh.


     "sedunia ni ayang" aku diam juga dengan kenyataan itu. Senyap. Sama-sama senyap.


     Aku bukan baru mengenal cinta dan kasih sayang. Malah aku terlalu masak dengan kerenah yang wujud akibat cinta dan kasih sayang ini. Kita selalu menipu diri sendiri dengan apa yang diucapkan. Ataupun memang kita tak pandai meluahkan apa yang sebenarnya bermain di kepala. Cerita aku sendiri, itu lebih mudah untuk dijelaskan kerana itu yang aku rasa dan alami. Adakalanya aku tak pandai nak melontarkan kebenaran di fikiran, kerana ingin menjaga hati. Lebih sering berlaku: tidak pandai menyusun ayat yang paling sesuai untuk memperjelaskan sesuatu kenyataan. Keadaan pun jadi sebab yang mempengaruhi kenyataan. Ikut kesesuaian. Hari ini, kenyataan ini sesuai begini. Hari esok, kenyataan itu sudah tidak sesuai lagi atau perlu dicampak ke dalam tong sampah saja.


     Pernah jadi begitu kritikal hubungan kita setelah lebih 3 bulan kau menyepikan diri. Aku fikirkan tentu kau menemui jalan buntu untuk mengekalkan hubungan kita. Akupun menemui seseorang, padahal tidak langsung aku berhajat apa-apa selain sebagai klien. Tapi lelaki itu benar-benar jadi terpegun kepadaku lalu hajatnya ingin memperisterikan aku menjadi alat untukku mahu mendengar kau bersuara.


     "tadi ada orang tetiba ajak yang kahwin, orang kelantan. Katanya dia memang sedang mencari. Dia tak peduli apapun alasan yang. Yang terus bangun, tinggalkan dia. Mujur memang yang sedang menunggu klien, jadi yang tak menipu untuk lekas pergi. Dia sebaya abang." 1 April, 10:01:05pm.


     "kol abang jap ayang. Jangan nikah dengan kelate tu ayang hak abang. Kol..." 11:11pm.


     Aku tidur awal, jadi aku tidak pun menelefon semula. Lagipun aku dah agak jelak dengan kenyataan "kol abang..". Kenapa aku mesti menelefonnya?


     Setelah satu jam baru sepuluh minit baru smsku kau jawab. Memang aku seperti rasa lega bila kau katakan aku adalah hak kau.
    

1 comment:

  1. aku pun kuat merajuk juga dengan kau, menjadikan jarak penantian kita semakin panjang.

    ReplyDelete