Tuesday 24 January 2012

AKU MENUNGGUMU 3

     "abang cinta sangat kat sayang"

     Beberapa minit sebelum kau tiba di depan rumah. Kira-kira jam 5 am, aku sudah pun siap berpakaian bila kau menghantar pesanan ringkas sejak jam 3 pagi. Kau berpesan agar aku tidur dahulu sementara kau sampai. Aku terpaksa segera memberitahu siapa yang ada di rumah ketika itu untuk mengikutmu bermusafir jauh. Aku sudahpun menyiapkan beg pakaianku dan sedikit bekalan.
     Bila kau sampai, kau hanya mahu aku masuk sahaja dalam kereta  tanpa bercakap banyak. Seperti ada sesuatu.
     Rupa-rupanya kau akan berangkat jauh pada hari ini. Tapi kenapa tiba-tiba sahaja? Aku belum cukup faham tentang tugasanmu dan aku sedang belajar memahaminya.
     Kukira rancanganmu untuk aku ikut sama mengiringimu ke tempat baru adalah keputusan secara tiba-tiba.

     "kalau rancang, selalu tak jadi"

   Aku sudah jadi faham dengan caramu. Memang kalau berjanji, payah kau nak tepati tapi kalau secara tiba-tiba, itu kau memang pandai. Aku perlu menerima itu, perlu memahami itulah caramu. Dan bila waktu kau pulang kepadaku, kau takkan putus-putus mengirim pesanan ringkas setiap beberapa minit, malah, jika aku tidak menjawabnya dalam 5 minit pun kau akan respon.
     Aku tidak boleh alpa dengan caramu. Apa yang membuat kau berbeza dengan mana-mana lelaki lain. Bila kau merancang sesuatu, aku kena akur dengan caramu. Sudahnya, aku jadi orang yang paling bersedia dengan talian telefonku. Aku pastikan telefonku sentiasa berfungsi, cukup bateri, aku gunakan secara peribadi hanya untuk kau dan aku, tempoh kredit kubeli sehingga setahun tamat tempoh dan sentiasa ada jumlah kredit yang mencukupi.
     Kelemahanmu kujadikan peluang untuk aku memahamimu. Apa saja kurangmu, itu adalah cabaran buat aku untuk dekat kepadamu. Aku tak boleh hanya menginginkan kesempurnaan sahaja. Itu akan membuat aku berbeza dengan mana-mana perempuan lain yang pernah kau kenal. Lainlah jika kau bukan milikku. Sudah tentu aku jadikan segala sifat lemahmu itu sebagai alasan untuk aku meninggalkanmu.
     Saat kau menyampaikan berita untuk bertugas jauh dariku, aku belum terkejut benar-benar kerana kau masih di sisiku dan aku berpeluang pula melihat sendiri di mana tempat barumu sehingga ke tangga tempat kau menginap.
     
     "abang dah pun kena posting"

     "jangan cakap macam tu ayang, sedih abang"  

     Kenyataan yang suka kudengar walaupun macam sakit hati sahaja aku mendengarnya. Aku sakit hati kerana kau tidak memberitahuku lebih awal tentang penukaran tempat kerjamu. Kalau aku tahu, agaknya apa yang akan terjadi?
     Ada sebuah trak tentera berhenti di tempat persinggahan R&R. Bolehlah menunjukkan arah.


     "Tuan!"

     Tabik hormat dari seorang tentera yang sempat melihat pakaian tentera kau yang tergantung di bahagian belakang tempat duduk kereta. Semangat tentera, saling hormat-menghormati walau di mana mereka berada, meskipun tidak saling mengenali. Mereka hanya kenal pangkat dan hormat.
       Sepanjang perjalanan jauh itu macam-macam kita lalui.
Kita sempat juga bergaduh dan ketawa. Mungkin kerana tekanan dan penat. Bagiku tekanan kerana kau akan pergi jauh dariku. Tekanan dari sudut diri kau: tempat baru masih asing dan tidak dapat menjangka bila akan tiba sedangkan hari sudah hampir petang. Mujurlah sebelum gelap kau sudahpun 'sejuk' dan 'menyejukkanku'.

     "seronok tak dengan abang"

     Kau memaut tanganku sambil memandu.

No comments:

Post a Comment