Thursday 26 January 2012

AKU MENUNGGUMU 9

     "orang perempuan yang marah-marah ni sebenarnya tak guna otak tau. Allah ciptakan orang perempuan ni, kurang gunakan akal. 9:1"

    Amboi sedap sungguh kau melabel aku sebagai tak menggunakan akal. Lembut suaramu tapi kasar ayatnya. Sebenarnya itulah cara kau bercakap. Kasar, jelas tapi kau dapat menerima juga bila aku menggunakan bahasa yang begitu jelas dan agak keras. Aku perlu membiasakan diri dengan cara kau. Dalam masa yang sama, aku tak mahu kekal dalam keadaan begitu. Boleh menggugat sifat lemah-lembutku sebagai seorang wanita. Bagaimana akku akan taat padamu jika aku berbahasa kasar?
     Aku hanya dapat memperbaiki diriku sendiri dan mengekalkan sifat-sifat baikku yang mungkin menjadi kelainan daripada mana-mana perempuan yang pernah kau jumpa. Jika aku tiada keistimewaan begitu, apa bezanya aku dengan perempuan-perempuan lain?
    Mak sendiri pernah berkata, aku ini terlalu setia sangat sampai orang tak tahu menilai aku, sampai orang naik muka. Sudahnya, aku menjadi tidak akrab dengan mak lagi. Aku tak mahu kata-kata mak mempengaruhi rumahtanggaku. Kan tidak baik orang lain menjadi penyebab rumahtanggaku bergegar walaupun sedikit? Sebab, cerita kasih-sayang antara seorang suami dan isteri, hanya suami dan isteri itu berdua yang melaluinya. Suami dan isteri tidur sebantal, makan sepinggan, saling menjadi pakaian yang menutupi aib masing-masing. Rasullullah pun pernah berkata, jika manusia dibenarkan sujud sesama manusia, nescaya aku suruh isteri sujud pada suaminya.

No comments:

Post a Comment