Thursday 26 January 2012

AKU MENUNGGUMU 7

 
   Aku takkan jemu menunggumu, kerana hatiku takkan dapat berubah.

     Seringkali aku bertemu dengan orang yang boleh memahamiku dengan baik, adalah orang yang telah dimiliki.

     Bila seseorang itu telah membuktikannya telah mendapat cinta sejatinya dan berakhir dengan perkahwinan sehingga beranak-pinak, orang sebeginilah yang paling bijak menjaga hati dan perasaan. Orang beginilah yang lebih cepat memahami kerana telah melalui fasa-fasa utamaa dalam kehidupan seorang lelaki. Makna khalifah sebenarnya. biarpun dia seorang yang tidak berapa taat kepada agama, tapi dia amat faham tentang erti kasih-sayang yang sebenarnya.
     Meletakkan markah A bagi lelaki sebegini sebenarnya tidak susah bagiku bila aku sudah mengenali seseorang lelaki. Bagaimana riak wajahnya bila bercerita tentang anaknya, bagaimana senyumnya waktu menunjukkanku foto isterinya. Kami berkongsi banyak kisah-kisah seronok tentang erti kasih-sayang terhadap anak dan orang yang dicintai.
     Aku hampir mengahwini lelaki ini bila hubungan kita tak menjadi. Itupun dia masih memberiku masa untuk memperbaiki hubunganku denganmu. Bila aku benar-benar ditinggalkan oleh kau dalam erti kata sebenarnya barulah dia akan mendirikan rumahtangga denganku. Alasannya kuat, aku dan kau masih mempunyai pertalian yang kukuh. Aku amat setia pada kau, sudah tentu aku dapat menerima segala kelemahan kau.
     Bukan senang untuk aku melalui hari-hari yang payah dalam membuat keputusan ini. Jika kita dalam perancangan untuk bernikah dengan seseorang, pastilah melibatkan banyak pihak, banyak persediaan, banyak perancangan. Aku telah merancang banyak perkara dengannya. Dia pun bukan mudah untuk membuat keputusan walaupun mungkin wang bukan masalah baginya. Masalah sukar adalah perbezaan budaya, bahasa dan cara hidup. Paling susah, dia bekerja bukan hanya di satu tempat yang tetap. Mungkin tiga bulan di Malaysia, enam bulan di Batam, di Singapura, atau entah ke mana nanti jika diarahkan. Itu masalah besar baginya kerana dia sukakan tempat tinggal yang tetap, dalam masa yang sama dia amat sayangkan pekerjaannya.
     Akupun tidak tahu apa sebenarnya yang kau tanggung. Bila kau pulang, aku tak dapat mendengar kau berbicara banyak melainkan hanya mahu bersamaku sahaja. Tidak tidur sampai ke pagi pun tak mengapa. Tak mungkin aku akan merosakkan masa-masa emas bersama kau. Masa untuk kita bersama amat payah.Itu kenyataan yang masih kita tanggung.
     Apa yang mampu kulakukan di ketika ini adalah menunggu dan terus menunggu kau, sehingga saat yang paling tepat itu tiba.

No comments:

Post a Comment