Thursday 26 January 2012

AKU MENUNGGUMU 8

   Orang yang setia seringkali dianggap seperti bodoh atau bendul. Hanya kerana macam menurut saja situasi orang yang dicintai tanpa mengambil kira apa kata orang.


     "yang setia kat abang tau"
  
     Suatu ketika waktu kita keluar makan malam. Aku nyatakan aku setia sebab aku menurut saja setiap permintaan kau. Bawalah ke mana saja, pasti aku akan menurut walaupun ada ketikanya aku sangat letih dengan kerja di pejabat mahupun di rumah. 

     "dekat KL tu ramai lagi yang setia"

     Aku tak faham, apakah yang kau faham tentang erti setia. Apa yang nyata, ketika itu aku telah pun menerima berita dari orang yang tidak dikenali bahawa kau telah menjadi milik orang dan bakal bernikah tak lama lagi. Mungkin maksudmu itulah, dekat KL ramai lagi yang setia, ataupun definasi setia padamu adalah masih mengekalkan hubungan dengan mana-mana perempuan, selagi perempuan itu bersama kau.
     Bagiku, kesetiaan mempunyai maksud yang tidak pernah berubah dari zaman dahulu sampailah sekarang. Setia bermaksud, mempunyai hubungan dengan hanya seorang sahaja, dan seorang itupun kekal bersamanya tanpa mencampur-adukkan cerita-cerita hubungan mereka dengan mana-mana pihak ketiga. Lainlah jika kau merancang mempunyai dua orang isteri, atau tiga atau empat sekali gus. Jadi, hanya pihak perempuan sahaja yang lebih bijak menjadi setia. Lelaki tidak, sebab kebarangkalian untuk lelaki berkahwin lebih daripada seorang sentiasa ada.
     Berbalik kepada definasi setia sebenarnya. Setia juga menuntut kepada kebolehpercayaan. Jika kau setia padaku, kenapa tidak kau berterus-terang saja padaku agar aku lebih menyayangi? Kau juga yang mengajar aku tentang kepercayaan:

     "kalau sayang berterus-terang dengan abang, lebih lagi abang sayang kat sayang"

    Benar-benar serius ucapan abang. Aku memang kehilangan kata-kata tiap kali ucapan yang begitu bermakna dilontarkan dengan begitu tegas dan bersungguh-sungguh.

    "yang memang bercakap benar.  Kenapa yang nak tipu?"

    Apakah faedahnya jika aku berselindung pada perkara yang penting, yang melibatkan ramai orang, yang boleh menjejaskan pihak yang satu lagi. Aku akan memikul tanggungjawab yang maha besar sehingga di akhirat nanti jika aku berbohong, berdusta dan berperangai munafik. Sedangkan perkara yang kecil pun aku takut berbohong. Pertama kali dikatakan penipu pun aku tak dapat menerima. Sebab aku mendidik diriku agar jangan bercakap bohong. Bukan aku ini terlalu sempurna, tapi hatiku tak akan senang jika berbohong. Mungkin seumur hidupku akan berasa tidak aman. Jika begitu, tenangkah hidupku?


  

No comments:

Post a Comment