Saturday 28 January 2012

AKU MENUNGGUMU 13

     "KeepYourMouthShut with rumors. Rumors are created by haters, spread by fools, and accepted by idiots. They hurt the innocent." - RealAngieJolie/Angelina Jolie.

     Siapa pun dia, kata-katanya amat baik untuk diambil perhatian dan pelajaran. Bila dipandang kepada statusnya sebagai orang yang terhebat, tak hairanlah dia seorang yang hebat kerana pandai mengenepikan setiap cerita-cerita rekaan yang ke udara-khabar angin.
     Khabar angin selalunya mengusik perasaan. Khabar yang dibawa oleh angin akan membawa fikiran turut melayang dan berkesudahan  dengan sakit hati dan benci. Aku tak suka perasaan yang sementara itu mengganggu fikiranku lama-lama. Aku akan memikirkan perkara-perkara positif yang berkaitan agar aku akan rasa betapa faedahnya, hikmahnya khabar-khabar angin tersebut. Banyak khabar-khabar angin yang kuterima di awal perhubungan kita dulu. Hm, kau bukannya Brat Pit dan akupun bukannya Angelina Jolie. Apalah sangat jika puas aku menangis kerana jiwa lara bila ramai yang mengakui pernah menjadi milikmu.
     Aku kena ingat baik-baik beberapa pujian yang aku dapat:

     "Tahniahlah awak dengan dia. Semoga berbahagia." ucapan dari seorang perempuan Kuala Lumpur. 

     "Untunglah sebab awak dapat menundukkan dia.  Maaflah saya tak tahupun dia awak yang punya" kata-kata dari seorang wanita yang  berpekerti baik dari Perak. Wanita ini berani. Dia bercakap lama denganku dan tidak sedikit pun menyakitkan hatiku. Malahan ingin menyambung terus ukhuwah denganku. Baginya, aku seorang wanita yang hebat, dari segi menjaga hati dan menjaga diri.

     Bagiku, selagi sesuatu itu belum jelas di mata, tidak jelas oleh lidah kau sendiri, akan kuanggap sebagai 'rumors' atau sekadar khabar-khabar angin yang merosakkan hatiku.
    
     "fitnah!'' Itu kenyataanmu pada pertama kali aku mendengar suatu kisah yang agak berat untukku terima.

    "abang ada i depan ayang ni. Kalau abang suami orang, abang takkan ada di sini."

     Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri bila satu-satu kenyataan yang agak berat menerjah telingaku. Bagiku, masa yang terluang untukku bersama kau adalah masa-masa emas yang tidak akan kurosakkan situasinya.
     Aku mudah memaafkan tapi parut luka sampai bila-bila pun akan kelihatan. Itu adalah milik peribadi. Itu urusanku dengan diriku sendiri, kerana aku yang menanggung rasanya, tidak pernah dapat berkongsi dengan sesiapa pun. Siapa yang boleh rasa apa yang kita rasa?
     Sudahnya bila aku merasa sangsi, akan ku bersujud kepadaNya, berhajat kepada suatu kekuatan. Aku beristikharah, berharap kepada satu ketetapan. Aku bermuhasabah, berharap kepada luhurnya keikhlasan diri menyintaimu. Aku bersujud taubat, kerana pasti banyak dosa-dosaku yang aku sengajakan atau tidak aku ketahui. Aku beristighfar untukku rasa puas memohon keampunanMu. Aku bermunajat agar aku dapat menyelami diri kau dan memahami diriku sendiri. Aku berinsyirah agar aku dapat berlapang dada. Aku beran-nas, agar syaitan yang membisik, tidak dapat menundukkanku oleh bisikan yang merosakkan hubunganku dengan kau. Aku berpaut dengan taliNya agar aku dapat berjalan di atas muka bumi ini menerusi lorong-lorong yang terang dan sempurna.

No comments:

Post a Comment