Thursday 26 January 2012

AKU MENUNGGUMU 6



     "I love u syg,jaga b k?" 3:32:43pm. 29 Mac 09.

     Seperti baru semalam kita berpisah..berjauhan. Hanya jasad saja yang terpisah. Sakit, pedih, rindu, dendam, segala macam perasaan tersulam dan tersenarai dalam lis perasaan yang gundah dalam cinta. Siang dan malamku seperti serupa. Sakit dan lelahku semacam sebati dengan jasad. Aku tiada tempat mengadu. Tiada siapa yang dapat kukongsikan perasaan yang maha hebat ini. Hanya seorang aku yang lebih mengetahui betapa bebanan cinta kasih sayang ini buat aku begitu sengsara sekali berjauhan darimu.                Kalaulah sedari awal pertemuan kutahu kita akan berpisah jauh begini, pasti akan kudidik hati ini agar jangan jadi terlalu sayang padamu, terlalu berkorban keranamu.


     Sejak kita terpisah 1 Januari 09 lalu, aku tak pernah berhenti berfikir, bagaimana untuk aku dekat padamu. Banyak yang telah aku lakukan untuk hidup dekat padamu. Kau juga percaya benar aku telah merancang untuk berpindah ke daerahmu, mencari pekerjaan baru yang tidak akan membebankan hubungan kita. Aku telah berusaha mencari tempat tinggal dan pekerjaan melalui internet dan rakan-rakan, saudara-mara yang mungkin tinggal di daerahmu. Malangnya bapa saudaraku yang bekerja sama tempat denganmu telahpun berpindah ke kampung isterinya.


     Aku tidak pernah berhenti berusaha. Hanya dengan cara itu, aku dapat mengurangkan bebanan rinduku yang semakian sarat. Aku tak pernah berhenti berfikir, apa dan bagaimana untuk aku berada dekat denganmu. Aku mencari di akhbar tentang kebarangkalian peluang yang ada. Setiap hari, melalui internet aku akan mengintai-intai peluang bagaimana untuk aku mendapat tempat tinggal yang paling sesui bagiku dan keluargaku. Ya, keluargaku. Aku tidak pernah mengabaikan ahli keluargaku yang menjadi nadi hidupku. Aku daftarkan persekolahan untuk anak keduaku yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dekat denganmu. Tapi rancangan ini tidak membuahkan hasil. Agak tipis peluang untuk anakku layak bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, kerana jumlah pelajar yang memohon terlalu ramai adatnya, sedangkan kekosongan amat terhad. Jumlah pelajar tidak ramai diperlukan. Aku tidak putus asa.


     Sementara aku cuba mendapatkan tempat tinggal yang sesuai, kau pula berkursus di selatan tanah air selama 3 bulan. Aku pun mencari pekerjaan di sana. Tempat tinggal selama 3 bulan, Nasibku baik, mudah saja kelihatannya aku mendapat beberapa peluang dengan tempat penginapan yang berdekatan. Melalui e-mel, surat dan panggilan telefon, aku mendapat pengesahan tempat tinggal dan pekerjaan.


     Jika telah berusaha bagaimana sekalipun, jika tanpa izinNya rupanya aku tidak berupaya apa-apa. Aku diseerang penyakit asma yang agak teruk. Aku rasa hendak bernafas pun amat siksa. Aku terlalu penat. Aku terabaikan kesihatanku sendiri tanpa kusedari. Terasa sempit saluran pernafasanku. Seakan tiada udara yang segar dapat kuhela. Aku tidak berjumpa pakar kesihatan di sini setelah surat pertukaran telahku buat ke Ipoh. Selama itu, aku hanya bertahan dan menjauhi apa saja kemungkinan yang bakal mengakibatkan aku diseerang asma.

     Dalam pada itu, aku yang masih berdaya sujud padaNya, meminta dan memintalagi, apakah jalan yang paling wajar untukku lalui. Apakah lorong kehidupan yang perlu aku jalani.



     Corak-corak kehidupanku seterusnya menjadi kelabu. Sikap kau pula yang suka merajuk, meracuni jiwaku. Demi kasih begitulah, kutelan segala rasa kecewa dalam dada, bila dalam perbualan telefon, kau merajuk denganku dan memutuskan talian dengan tiba-tiba.


     "ayang tipulah"


     Tuduhan yang muktamat bila aku katakan aku mendapat pekerjaan di tempat kau berkursus. Mulanya memang kau seperti teruja tapi bila lama berbual, kau semacam tidak dapat mengawal perasaan tidak sabar dan mengatakan aku menipu untuk berada dekat denganmu. Tidakkah kau tahu bagaimana aku terkedu setelah kau tiba-tiba memutuskan talian semasa aku sedang berusaha, bertanya di mana tempat baru bakal aku bekerja dan tinggal. Kau sememangnya tak tahu, bagaimana bersungguhnya  aku, berikhtiar untuk berada di sampingmu. Apalagi untuk menyelami hati perasaanku, betapa aku tidak memikirkan kesusahan yang bakal aku tempuh, kerana aku terlalu memikirkan sayangku padamu melebihi segala-galanya.

1 comment:

  1. Aku menerima kau seadanya, memahami peribadi kau yang tidak sepertinya.

    ReplyDelete